BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 
 DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP RENDAH

11/10/2024 07:30 PM

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar. 

Kontrak bulan semerta Oktober 2024 turun 8.0 mata kepada 1,638.0, November 2024 dan Disember 2024 susut 7.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,641.0 dan 1,644.0 dan Mac 2025 jatuh 9.0 mata kepada kepada 1,632.0. 

Jumlah dagangan menyusut kepada 6,258 lot daripada 7,729 pada Khamis manakala kepentingan terbuka turun kepada 46,608 kontrak daripada 47,986 kontrak.            

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 7.39 mata atau 0.45 peratus kepada 1,633.55 daripada paras 1,640.94 pada Khamis.

-- BERNAMA

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan