DUNIA

ITALI, PERANCIS DAN SEPANYOL KUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS PASUKAN PENGAMAN PBB

12/10/2024 06:14 PM

ROM, 12 Okt (Bernama-dpa) -- Pemimpin Itali, Perancis dan Sepanyol telah bersama-sama mengutuk serangan Israel ke atas UNIFIL, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemimpin itu dalam kenyataan memaklumkan bahawa insiden minggu ini yang menyebabkan empat anggota pengaman cedera, bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.

Ia menyifatkan serangan itu sebagai "tidak boleh diterima" dan mendesak agar serangan berkenaan "segera berakhir."

“Kami mengingatkan bahawa semua anggota pasukan pengaman mesti dilindungi dan mengulangi penghargaan kami terhadap komitmen berterusan dan tidak ternilai daripada anggota UNIFIL dalam konteks yang sangat mencabar ini.”

-- BERNAMA-dpa

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan