AM

GEMPA BUMI KUAT LANDA LUAR PANTAI COSTA RICA

13/10/2024 11:07 AM

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter dikesan berlaku di  Luar Pantai Costa Rica pada 1.43 pagi tadi. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak 10.6 darjah utara dan 86.1 darjah barat dengan kedalaman 62 kilometer (km), iaitu 1,601km Tenggara dari Puebla, Mexico. 

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA 

 

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan