JENAYAH & MAHKAMAH

IMGRESEN KELANTAN TAHAN LEBIH 10 PENDATANG TANPA IZIN DI KOTA BHARU

15/10/2024 05:54 PM

KOTA BHARU, 15 Okt (Bernama) -- Jabatan Imigresen Kelantan menahan 14 pendatang tanpa izin dalam operasi penguatkuasaan di sekitar sini sejak semalam.

Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen Kelantan Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan lima wanita melibatkan warga Bangladesh, Pakistan dan Thailand berusia lingkungan 19 hingga 51 tahun.

Beliau berkata kesemua mereka dibawa ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen1963.

"Imigresen menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang pendatang atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara dan bersubahat dalam melindungi pendatang," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan