DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

15/10/2024 10:11 PM

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 dan November 2024 meningkat 8.0 mata masing-masing kepada 1,641.50 dan 1,645.50 manakala Disember 2024 berkembang 9.5 mata kepada 1,649.50 dan Mac 2025 bertambah 7.5 mata kepada 1,636.50. 

Jumlah dagangan merosot kepada 5,783 lot daripada 5,984 pada Isnin manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 47,466 kontrak daripada 46,388 kontrak sebelumnya.            

Pada 5 petang, FBM KLCI bertambah 5.43 mata atau 0.33 peratus kepada 1,641.97 daripada paras penutup 1,636.54 pada Isnin.

-- BERNAMA
 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan