AM

JUALAN 11.11 TAOBAO MALAYSIA JANJIKAN PENGALAMAN BELI-BELAH INKLUSIF KEPADA PENGGUNA

17/10/2024 10:05 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Taobao Malaysia melancarkan jualan 11.11 dengan menjanjikan pengalaman beli-belah yang lebih inklusif kepada pengguna Malaysia dengan bertemakan "Beli Sejauh Yang Anda Boleh Fikirkan". 

Pengurus negara untuk Tmall Taobao World, Malaysia Jess Lew berkata festival tahun ini menjanjikan tawaran menarik dan pengalaman beli-belah tiada tandingan untuk rakyat Malaysia menerusi antara muka bahasa Inggeris beta Taobao, yang diperkenalkan pada September lepas untuk melengkapkan versi Mandarin.  

“Komitmen kami adalah untuk mencipta pengalaman beli-belah yang menyeronokkan dan disesuaikan dengan keperluan unik pembeli tempatan.

“Menerusi antara muka bahasa Inggeris beta yang kini tersedia, ia tidak pernah semudah ini bagi semua orang di Malaysia untuk merasai keseronokan festival beli-belah global ini dan memperoleh semua yang ditawarkan oleh Taobao,” katanya menerusi kenyataan berkenaan.

Lew berkata festival berkenaan bermula dengan tetingkap jualan awal yang pertama, iaitu dari 8 malam 21 Okt hingga 11.59 malam 24 Okt ini sekali gus membolehkan pembeli-belah mempunyai masa mencukupi untuk mendaftar keluar barangan troli belah-belah mereka bagi menikmati penjimatan awal 11.11 dan penghantaran awal.

Beliau berkata bermula dari 8 malam 21 Okt, pembeli-belah Malaysia boleh menikmati sambutan promosi yang mengujakan selama sebulan, diskaun segera dan peluang mendapat baucar penghantaran percuma setiap hari bernilai RM21, sekali gus meraih tawaran terbaik untuk pelbagai produk melibatkan pelbagai jenama dan peniaga yang mengambil bahagian. 

Bagi fasa kedua yang bermula pada 8 malam 31 Okt hingga 11.59 malam 11 Nov ini, Lew berkata ia membolehkan pengguna menikmati tawaran promosi lanjutan untuk mendapatkan produk ideal mereka bagi musim Krismas dan Tahun Baharu Cina akan datang.

Beliau berkata Malaysia adalah satu daripada dua pasaran selain Singapura yang menyaksikan Taobao melancarkan antara muka bahasa Inggeris beta yang menampilkan terjemahan dikuasakan kecerdasan buatan (AI).

Hal itu, katanya bertujuan merapatkan jurang bahasa dan memberikan peluang kepada pengguna Malaysia yang bukan berbahasa Cina untuk menikmati tawaran pelbagai platfom dengan pengalaman yang lancar dan mesra pengguna.

"Kami berharap lebih ramai pengguna Malaysia akan memanfaatkan peluang ini untuk membeli-belah apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran semasa 11.11. Ditambah dengan penghantaran percuma, pembeli boleh menghantar bungkusan ke depan pintu mereka sepantas seminggu dengan infrastruktur logistik hujung ke hujung kami yang mantap,” katanya.

Bagi meraikan 11.11 tahun ini, Taobao Malaysia telah menyusun pelbagai promosi menarik untuk memberikan pengguna lebih banyak pilihan bagi berjimat antaranya Penghantaran Percuma Setiap Hari; Beli Lebih, Jimat Lebih; Diskaun Segera Mengejutkan, Kod Promosi Harian dan Manfaat Pengguna Baharu.

Selain itu, pengguna Taobao Malaysia yang melakukan pembelian dengan satu daripada kad kredit disediakan oleh beberapa institusi kewangan boleh menikmati diskaun segera hingga RM80 semasa tempoh promosi terpilih.

Bermula 8 malam 31 Okt hingga 3 Nov dan 10 hingga 11 Nov, pengguna Taobao Malaysia yang membuat pembelian menggunakan kad kredit bank CIMB boleh menikmati potongan RM25 dengan perbelanjaan minimum RM180, RHB (RM38 dengan perbelanjaan minimum RM250 atau RM50 dengan perbelanjaan minimum RM500) dan PBB (RM30 dengan perbelanjaan minimum RM300 atau RM80 dengan perbelanjaan minimum RM600).

“Hanya pada 10 pagi 31 Okt pengguna Malaysia dengan menggunakan kad kredit RHB boleh menikmati potongan RM25 dengan perbelanjaan minimum RM250 manakala pengguna kad kredit PBB boleh menikmati potongan RM20 dengan perbelanjaan minimum RM200 pada 10 pagi 8 Nov,” katanya.

Untuk butiran lanjut mengenai promosi 11.11 Taobao Malaysia, sila nantikan kemas kini menerusi Facebook, Instagram dan TikTok Taobao Malaysia atau layari aplikasi Taobao, yang boleh dimuat turun percuma.

 -- BERNAMA

 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan