AM

KEADAAN BANJIR DI PERAK BERANSUR PULIH

23/10/2024 10:10 PM

IPOH, 23 Okt (Bernama) -- Keadaan banjir di Perak beransur pulih dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Sekolah Kebangsan Alor Pongsu, Kerian ditutup malam ini, menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan semakin berkurang.

Menurut Laporan Kejadian Bencana Negeri, jumlah mangsa banjir berkurang kepada 146 orang daripada 38 keluarga malam ini berbanding 221 orang daripada 60 keluarga petang tadi yang ditempatkan di tiga PPS.

Di daerah Hilir Perak terdapat 47 mangsa daripada 14 keluarga masih berlindung di PPS Dewan MPTI dan 70 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Chikus.

Di Perak Tengah pula 29 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor.

Sementara itu, menurut ramalan kaji cuaca menerusi https://www.met.gov.my keadaan cuaca di Perak malam ini baik tanpa hujan.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan