KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka lebih rendah dalam dagangan awal pada Rabu.
Pada 9.30 pagi, Oktober 2024 dan Mac 2025 masing-masing susut 10.5 mata kepada 1,604.5 dan 1,600.5 manakala November 2024 berkurangan 11.0 mata kepada 1,607.5 dan Disember 2024 susut 9.5 mata kepada 1,612.5.
Jumlah dagangan sebanyak 5,063 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 52,226 kontrak.
Indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.68 mata kepada 1,609.40 selepas 30 minit dagangan dijalankan.
-- BERNAMA