DUNIA

KADAR SARA DIRI TENAGA CHINA KEKAL LEPASI 80 PERATUS

16/12/2024 03:46 PM

BEIJING, 16 Dis (Bernama-CMG) -- Keupayaan China dalam menjamin keselamatan tenaga terus diperkukuh, menyaksikan kadar sara diri tenaga kekal melebihi 80 peratus pada tahun ini.

Kapasiti janakuasa terpasang China mencatat kira-kira 3.32 bilion kilowatt pada 2024 dengan jumlah penjanaan kuasa sebanyak 10 trilion kilowatt-jam (kWj), meningkat 5.7 peratus berbanding tahun lepas.

Antaranya, kapasiti terpasang tenaga boleh diperbaharui bertambah sebanyak 300 juta kilowatt, menyumbang lebih 85 peratus kepada keseluruhan kapasiti terpasang tambahan di negara Tembok Besar.

Pada masa sama, pelbagai projek kuasa hidro utama terus digerakkan secara teratur, menyaksikan jumlah kapasiti terpasang hidroelektrik di seluruh negara mencecah 435 juta kilowatt.

China kini mempunyai 102 unit generator janakuasa nuklear yang sudah beroperasi atau dalam pembinaan dengan kapasiti terpasang sebanyak 113 juta kilowatt, sekali gus menjadikannya mendahului negara lain dari aspek  penjanaan tenaga nuklear.

--BERNAMA-CMG 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan