AM

RANAU DILANDA GEMPA BUMI LEMAH LAGI

17/12/2024 12:37 PM


From Fadzli Ramli

KOTA KINABALU, 17 Dis (Bernama) -- Gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau, pada 10.01 pagi ini.

Semalam, daerah itu turut dilanda gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 pada skala Richter pada pukul 2.56 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi hari ini berlaku di 14 kilometer barat Ranau.

Menurut kenyataan itu, gempa bumi lemah pada kedalaman 10 kilometer itu dipercayai mengakibatkan gegaran di daerah Ranau.

"Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya sedia maklum perkara tersebut dan setakat ini tiada kejadian yang tidak diingin dilaporkan.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan