KOTA BHARU, 18 Dis (Bernama) -- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan mengeluarkan notis penamatan amaran banjir di negeri itu yang membabitkan enam jajahan.
Menurut kenyataan JPS, enam jajahan terbabit ialah Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu dan Tanah Merah.
Kenyataan itu memaklumkan maklumat dan amaran akan disalur kepada agensi pengurusan bencana negeri, media serta orang awam melalui laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my dan Facebook @PublicInfoBanjir.
-- BERNAMA