BERITA TERGEMPAR | PM Anwar expresses condolences to the family of Egyptian Islamic movement activist Youssef Nada who passed away today | |
KUALA KUBU BHARU, 22 Dis (Bernama) -- Jambori Pengakap Malaysia merupakan medan bagi pemimpin muda mengasah bakat dan ilmu serta mempraktikkan nilai keamanan dalan kehidupan seharian.
Ahli Majlis Pengakap Negara Tan Sri Johari Abdul berkata keamanan adalah satu daripada teras penting dalam membina negara yang maju dan berdaya tahan.
“Pengakap adalah ejen perubahan yang menyemai nilai murni, melahirkan generasi muda yang bertanggungjawab dan menjadi pelopor kepada masyarakat yang lebih harmoni.
“Jadikan tema ‘Pengakap Untuk Keamanan’ sebagai pedoman ke mana sahaja kita berada. Setiap langkah kecil hari ini adalah asas kepada dunia yang lebih baik esok,” katanya ketika berucap merasmikan Jambori Pengakap Malaysia ke-14 yang berlangsung sehingga 27 Dis di Kem Bina Semangat di sini, hari ini.
Jambori Pengakap Malaysia ke-14 yang diadakan serentak dengan Jambori Keamanan International Union of Muslim Scouts (IUSM) ke-8 itu, dikelolakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
Program berkenaan disertai seramai 3,600 peserta dari dalam serta luar negara termasuk Maldives, China, Pakistan dan Jordan.
-- BERNAMA