EKONOMI

KUMPULAN KITACON METERAI KONTRAK PEMBINAAN BERNILAI RM104.30 JUTA DI KLANG

10/02/2025 02:49 PM

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kumpulan Kitacon Bhd (Kitacon) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kitacon Sdn Bhd berjaya memperoleh kontrak bagi kerja-kerja pembinaan utama bernilai RM104.30 juta daripada Sime Darby Property (BBR3 Asset 1) Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kontrak tersebut merangkumi pembinaan dan menyiapkan 20 kilang berkembar dan tiga pencawang Tenaga Nasional Bhd, selain infrastruktur dan kerja-kerja berkaitan di Klang, Selangor.

Kontrak akan bermula pada 24 Feb, 2025 dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan.

“Kontrak dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham bagi  Kumpulan Kitacon Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 dan selanjutnya sehingga kontrak selesai,” kata Kitacon.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan