AM

TUANKU MUHRIZ TITAH DBNS DIANUGERAHKAN KEPADA MOHD EKHWAN TORIMAN DITARIK BALIK

12/02/2025 07:12 PM

SEREMBAN, 12 Feb (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan pengurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) kepada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Pendaftar Darjah Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan tersebut bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di Negeri Sembilan.

Mohd Ekhwan dianugerahkan DBNS yang membawa gelaran Datuk pada 14 Jan 2019.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan