AM

PERHILITAN TANGKAP BUAYA TEMBAGA TERSANGKUT JARING DI KOLAM TADAHAN UNISZA

16/02/2025 06:20 PM

JERTIH, 16 Feb (Bernama) -- Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Loo Kean Seong berkata pihaknya menerima panggilan daripada pihak UniSZA mengenai reptilia sepanjang satu meter itu kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum sepasukan anggota digegaskan ke lokasi.

"Anak buaya itu tersangkut di jaring ketika kerja-kerja pembersihan kolam tadahan oleh pekerja kebersihan UniSZA.

"Buaya itu diserahkan kepada pejabat Perhilitan Daerah Besut bagi tindakan sewajarnya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata buaya itu dipercayai tersesat dari sungai yang terletak kira-kira 600 meter dari kampus berkenaan. 

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan