EKONOMI

ARM HOLDINGS DARI UK NYATA HASRAT MAHU BERPANGKALAN DI MALAYSIA - PM ANWAR

28/02/2025 04:56 PM

PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) -- Syarikat semikonduktor terkemuka dunia, ARM Holdings Plc dari United Kingdom (UK)  telah menyatakan hasrat mahu berpangkalan di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah membincangkan perkara itu dengan ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut secara dalam talian pada pagi tadi. 

Menurut beliau, perbualan tersebut turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif SoftBank Group Corp Masayoshi Son. 

"Soal design (reka bentuk) dan pembikinan semikonduktor ini, dia (ARM) adalah antara yang cemerlang di dunia.

"Dia pilih untuk berpangkalan di Malaysia, syukur Alhamdulillah," kata beliau kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di masjid Sekolah Sultan Alam Shah, di sini, hari ini.

--BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan