AM

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

09/06/2025 07:31 PM

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Pada sesi penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2025 dan Disember 2025 menambah 9.5 mata masing-masing kepada 1,516.0 dan 1,504.0, Julai 2025 meningkat 8.5 mata kepada 1,513.0 dan September 2025 menokok 10 mata kepada 1,497.5.

Jumlah dagangan menyusut kepada 3,623 lot daripada 6,828 lot pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka turun kepada 36,250 kontrak daripada 37,381 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.62 mata, atau 0.17 peratus, kepada 1,519.41 daripada paras penutup 1,516.79 pada Jumaat minggu lepas.

-- BERNAMA

 

 

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan