AM

FAHMI TINJAU TAPAK SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2025 DI BUTTERWORTH

30/06/2025 04:17 PM

BUTTERWORTH, 30 Jun (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini meninjau tapak sambutan Hari Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth di sini.

Tinjauan itu dibuat bagi melihat persiapan awal dalam memastikan kelancaran acara peringkat kebangsaan itu yang dijadual berlangsung pada 16 Sept nanti, dengan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain melawat tapak sambutan, Fahmi turut mengadakan perjumpaan bersama warga kerja jabatan dan agensi Kementerian Komunikasi Negeri Pulau Pinang di pusat konvensyen berkenaan.

Turut serta dalam lawatan berkenaan ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zulkifli Long, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin serta pengarah, ketua dan pegawai-pegawai jabatan serta agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Fahmi kemudiannya turun pandang memantau ujian kualiti liputan telekomunikasi menggunakan aplikasi MCMC Nexus dengan menaiki bas dari Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth ke NADI Kubang Semang di Bukit Mertajam. 

-- BERNAMA


 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan