DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DIBUKA RENDAH

14/07/2025 10:48 AM

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini.

Pada 9.51 pagi, kontrak Julai 2025 merosot satu mata kepada 1,531.0, Ogos 2025 berkurangan dua mata kepada 1,528.0, September 2025 menurun 2.5 mata kepada 1,508.50 dan Disember 2025 susut empat mata kepada 1,506.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,019 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,572 kontrak.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.17 mata atau 0.01 peratus kepada 1,536.24 daripada 1,536.07 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan