AM

FAHMI UCAP SELAMAT ULANG TAHUN KE-180 KEPADA NST

15/07/2025 01:02 PM

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengucapkan selamat ulang tahun ke-180 kepada akhbar tempatan, New Straits Times (NST).

Menerusi hantaran ringkas di Facebook beliau hari ini, beliau menyifatkan ulang tahun NST itu sebagai satu tempoh yang mencerminkan dedikasi, integriti, dan kewartawanan berkualiti.

“180 tahun! Satu perjalanan panjang yang penuh dengan dedikasi, integriti dan komitmen terhadap kewartawanan berkualiti.

“Semoga NST terus menjadi sumber berita dipercayai dan kekal relevan dalam dunia media yang sentiasa berubah,” katanya. 

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan