AM

GEMPA BUMI KUAT LANDA KEPULAUAN SAMOA

25/07/2025 10:03 AM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 skala Richter telah melanda rantau Kepulauan Samoa pada 7.37 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa bumi tersebut terletak 14.7° Selatan dan 175.8° Barat dengan kedalaman 302 kilometer (km), kira-kira 714km timur laut Laucala, Fiji.

Menurut penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan