KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda kawasan barat Pulau Macquarie, Australia pada 7.22 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan gempa itu berlaku pada kedalaman 61 kilometer dan dikesan 1,544 kilometer di selatan Tasmania, Australia.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA