DUNIA

KONTRAK NIAGA HADAPAN FBM KLCI DIBUKA RENDAH

25/07/2025 10:39 AM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.

Pada 9.23 pagi, Julai 2025 susut 7.5 mata kepada 1,529.5, Ogos 2025 turun 6.5 mata kepada 1,527.5, September 2025 merosot 7.0 mata kepada 1,508.5 dan Disember 2025 kurang 5.0 mata kepada 1,511.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2,372 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 38,292 kontrak.

Pada 9.45 pagi, FBM KLCI susut 9.23 mata kepada 1,531.09 daripada 1,540.32, yang menjadi paras tertinggi harian, ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan