JOHOR BAHRU, 26 Julai (Bernama) -- Polis memohon orang ramai membantu mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang ketika berada di sebuah kopitiam di Taman Bukit Indah di sini.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata kehilangan M. Tishant dilaporkan oleh bapanya yang berusia 36 tahun kira-kira 2.15 pagi tadi.
"Tinggi kanak-kanak itu lebih kurang 110 sentimeter dengan berat 19 kilogram, hidung mancung dan berkulit hitam manis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumarasan berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor E. Komaty di talian 010-3812804 atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri menerusi talian 07-5113622.
-- BERNAMA