JENAYAH & MAHKAMAH

PGA TUMPAS CUBAAN SELUDUP 100,000 BATANG ROKOK PUTIH TIDAK BERCUKAI

29/07/2025 04:26 PM

KOTA BHARU, 29 Julai (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan cubaan seludup 100,000 batang rokok putih tidak bercukai selepas menahan sebuah kenderaan di Jalan Tali Air, Kampung Paya Ular, Bunut Susu, Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata hasil pemeriksaan mendapati, rokok tidak bercukai berkenaan yang dipercayai untuk dijual ke pasaran tempatan itu berada dalam kereta suspek.

“Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri dan meninggalkan kenderaan di tepi jalan. Anggaran rampasan bernilai RM 227,000 termasuk kenderaan dan diserahkan ke Ibu Pejabat Daerah Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan