EKONOMI

ZETRIX AI TERUS TAWAR KHIDMAT IMIGRESEN WALAUPUN KONTRAK BERAKHIR

30/07/2025 09:33 PM

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Zetrix AI Bhd (sebelum ini dikenali sebagai My E.G. Services Bhd) boleh terus menawarkan perkhidmatan berkaitan imigresen dalam skop mana-mana perjanjian lain dengan kerajaan, walaupun tempoh perjanjian dalam menyediakan perkhidmatan sedemikian kepada jabatan imigresen telah berakhir.

Syarikat itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata ia telah menerima surat penjelasan mengenai perkara itu dari Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Zetrix Ai berkata ia mempunyai perjanjian bersama dengan Heitech Padu Bhd, yang dianugerahkan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe), yang mana perkhidmatan berkaitan imigresen, termasuk permit pekerja asing, berada dalam skop projek NIISe.

"Suite perkhidmatan berkaitan imigresen yang disediakan oleh syarikat itu masih dapat diakses oleh pelanggan melalui platformnya," kata Zetrix Ai.

Perkembangan tersebut dijangka menyebabkan gangguan yang minimum dan tidak akan memberi kesan material terhadap prestasi kewangan syarikat.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan