KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan penurunan di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2025 berkurangan sebanyak 9.0 mata kepada 1,518.50, Ogos 2025 susut 5.0 mata kepada 1,518.0, September 2025 turun 6.5 mata kepada 1,498.50, dan Disember 2025 merosot 3.5 mata kepada 1,500.50.
Jumlah dagangan turun kepada 14,045 lot daripada 16,709 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 50,747 kontrak daripada 54,426 sebelumnya.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.25 mata atau 0.74 peratus disebabkan jualan lewat untuk ditutup kepada 1,513.25 daripada paras penutup 1,524.50 pada Rabu.
-- BERNAMA