AM

AS BERI KOMITMEN BERTERUSAN PERKUKUH KERJASAMA PERTAHANAN RANTAU ASEAN - PM

05/08/2025 05:32 PM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Amerika Syarikat (AS) memberi komitmen berterusan untuk memperkukuh kerjasama pertahanan dan diplomasi keselamatan di rantau ASEAN.

Beliau berkata komitmen itu merupakan antara perkara yang dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Panglima Pemerintah Indo-Pasifik AS Laksamana Samuel J. Paparo di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri turut menyifatkan pertemuan berkenaan sebagai medan penting untuk terus memperkukuh persefahaman serta bertukar pandangan berhubung pelbagai isu serantau.

“Ini khususnya dalam usaha memperhebat kerjasama pertahanan dua hala antara Malaysia dan AS.” katanya menerusi hantaran di Facebook.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan