AM

DAZZLE DANCERS WAKIL MALAYSIA KE PERTANDINGAN TARIAN ANTARABANGSA - FAHMI

05/08/2025 07:47 PM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Seramai 12 murid Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Bangsar di sini bakal mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dengan menyertai pertandingan tarian peringkat antarabangsa di Bandung, Indonesia. 

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kumpulan itu, yang dikenali sebagai 'Dazzle Dancers', terdiri daripada murid berusia 10 hingga 12 tahun dan mereka akan berlepas esok. 

"Mereka bukan sekadar mewakili sekolah malah membawa nama negara ke pertandingan tersebut dalam tiga kategori iaitu berkumpulan, duo dan solo," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi catatan di Facebook.

Beliau berkata mereka telah menjalani latihan intensif selama tiga minggu di bawah bimbingan koreografer berbakat iaitu Cikgu Mohd Nazri Zahauddin, yang juga jurulatih dari PERMATA Seni Tari.

“Sama-sama kita doakan kejayaan buat Dazzle Dancers. Malaysia boleh!” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan