AM

HARGA RUNCIT RON97, RON95 KEKAL - MOF

06/08/2025 05:44 PM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Harga runcit RON97 kekal pada paras RM3.17 seliter bagi tempoh 7 Ogos hingga 13 Ogos.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bagi tempoh sama, harga runcit petrol RON95 juga kekal pada paras RM2.05 seliter.

Harga runcit diesel di Semenanjung pula naik tiga sen seliter daripada RM2.91 kepada RM2.94 manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Menurut MOF, penetapan harga runcit itu berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan