DUNIA

BELA HAK PENGGUNAAN DAMAI SAMBIL PERANGI PENCAMBAHAN WMD - WAKIL CHINA

07/08/2025 04:39 PM

BEIJING, 7 Ogos (Bernama) -- Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Geng Shuang menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa perlu membela hak penggunaan secara damai sambil memperkasakan usaha memerangi pencambahan senjata pemusnah besar-besaran (WMD).

Ketakcambahan WMD antara isu tadbir urus keselamatan global, dan ia memerlukan pelan penyelesaian global berasaskan multilateralisme dan penglibatan meluas komuniti antarabangsa, kata Geng ketika berucap pada sesi terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai ketakcambahan WMD, pada Rabu.

"China menentang keras pencambahan WMD, sementara memberikan perhatian tinggi terhadap pembinaan sistem ketakcambahan di peringkat global serta pelaksanaan resolusi 1540 Majlis Keselamatan mengenai ketakcambahan WMD.

"Di samping itu, China sentiasa melaksanakan kewajipan antarabangsa sendiri, di samping secara aktif mendorong kerjasama antarabangsa berkaitan," kata Geng.

Beliau berkata, China akan terus berganding bahu dengan pelbagai pihak untuk mempromosikan pelaksanaan resolusi 1540, menambah baik sistem ketakcambahan antarabangsa, dan memperkukuh tadbir urus ketakcambahan global, demi menyumbang kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan dunia.

-- BERNAMA-CMG

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan