JENAYAH & MAHKAMAH

MAYAT REMAJA LELAKI DITEMUKAN TERAPUNG DI TASIK PUTRAJAYA

10/08/2025 02:47 PM

PUTRAJAYA, 10 Ogos (Bernama) -- Mayat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan terapung di permukaan Tasik Putrajaya pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata mayat remaja itu disedari orang awam berdekatan sebuah restoran makanan segera di Presint 2 di sini pada 7.50 pagi.

“Saksi yang sedang melalui kawasan itu bertindak berenang dan menarik mayat ke tebing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR). 

“Mayat remaja itu dibawa ke Bahagian Patologi Hospital Putrajaya untuk proses bedah siasat,” katanya.

-- BERNAMA 

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan