AM

AMARAN RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DI KEBANYAKAN NEGERI HINGGA 9 MALAM INI

10/08/2025 07:17 PM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di kebanyakan negeri hingga 9 malam ini.

Menurut MetMalaysia, amaran itu melibatkan keseluruhan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Labuan.

Sementara di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta dan Perak Tengah; Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) serta Terengganu (Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman).

Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Rompin; Selangor (Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Jelebu di Negeri Sembilan. 

Kawasan yang diramalkan terjejas di Sabah ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat.

Sementara di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) dan Limbang.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan