SUKAN

KEMENANGAN SULUNG B-20 WANITA TEWASKAN GUAM 2-0

11/08/2025 12:42 AM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) --Skuad wanita bawah 20 tahun (B-20) negara  menutup kempen kelayakan Piala Asia B-20 Wanita 2026 dengan kemenangan sulung selepas menundukkan Guam 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan F di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.

Kemenangan itu mengubat kekecewaan skuad kendalian Cameron Ng yang tewas 0-3 kepada Iran dan 0-16 kepada Jepun pada dua perlawanan terdahulu.

Perlawanan bermula seimbang sebelum Kaseh Carmilla meledak dua gol pada minit ke-63 dan ke-86 untuk memastikan tiga mata berharga buat skuad negara.

Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ketiga kumpulan dengan tiga mata, manakala Jepun muncul juara Kumpulan F selepas membelasah Iran 9-0 dalam aksi terakhir kumpulan itu.

Hanya lapan juara kumpulan dan tiga naib juara kumpulan terbaik layak ke pusingan akhir di Thailand dari 1 hingga 18 April tahun depan.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan