AM

JANM SALUR RM100,000 UNTUK NAIK TARAF SK RAWANG MELALUI PROGRAM MADANI

11/08/2025 06:22 PM

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) memperuntukkan RM100,000 bagi menaik taraf fasiliti dan infrastruktur di Sekolah Kebangsaan (SK) Rawang, Selangor menerusi program Sekolah Angkat MADANI 2025.

JANM dalam kenyataan memaklumkan projek yang dilaksanakan bagi menangani jurang pendidikan dengan memadankan organisasi berkemampuan dengan sekolah yang memerlukan itu, dijangka siap sepenuhnya pada September depan.

Akauntan Negara Datuk Nor Yati Ahmad semasa berucap menyempurnakan Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI itu berkata usaha murni berkenaan membuktikan bahawa kerjasama rentas agensi mampu memberi impak besar kepada pembangunan pendidikan di peringkat akar umbi.

Program Sekolah Angkat MADANI telah diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 Jun lepas, merupakan inisiatif bertujuan merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.

-- BERNAMA
 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan