DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR

12/08/2025 07:31 PM

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 susut 1.0 mata kepada 1,567.50, September 2025 menambah 0.50 mata kepada 1,548.50, Disember 2025 naik 3.0 mata kepada 1,551.0, dan Mac 2026 berkurangan 0.50 mata kepada 1,531.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,627 lot daripada 5,886 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 44,821 kontrak daripada 43,654 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 4.66 mata, atau 0.30 peratus, untuk ditutup kepada 1,567.90 daripada  1,563.24 pada Isnin.

-- BERNAMA


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan