DUNIA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP LEBIH RENDAH

12/08/2025 08:40 PM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah, menjejaki penurunan mendadak pasaran emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan Ogos 2025 susut kepada US$3,351.70 setiap auns troy daripada US$3,366.5 ketika ditutup pada Isnin.

Kontrak September 2025 berkurang kepada US$3,357.40 setiap auns troy daripada US$3,372.2, Oktober 2025 menyusut kepada US$3,385.90 setiap auns troy daripada US$3,402.2, dan November 2025 merosot kepada US$3,403.30 daripada US$3,419.6 setiap auns troy.

Sementara, kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 turut ditutup lebih rendah pada US$3,422.80 setiap auns troy berbanding dengan US$3,439.1 sebelumnya.

Jumlah dagangan turun kepada 24 lot daripada 28 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 50 kontrak berbanding 56 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$3,356.40 setiap auns troy berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 11 Ogos. 

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan