KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mencatat prestasi rendah dalam dagangan awal.
Setakat pukul 10.05 pagi, kontrak Ogos 2025 turun 5.50 mata kepada 1,579.50, September 2025 merosot 7.0 mata kepada 1,557.50, manakala Disember 2025 dan Mac 2026 berkurangan 8.0 mata masing-masing kepada 1,556.0 dan 1,540.0.
Jumlah dagangan sebanyak 2,147 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 41,986 kontrak.
FBM KLCI susut 5.84 mata kepada 1,575.21 selepas satu jam 12 minit dagangan dijalankan berbanding 1,581.05 semalam.
-- BERNAMA