DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

18/08/2025 07:17 PM

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi positif di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, bulan semerta Ogos 2025 menambah 6.0 mata kepada 1,583.0, September 2025 meningkat 7.0 mata kepada 1,563.0, manakala Disember 2025 dan Mac 2026 naik 8.0 mata masing-masing kepada 1,563.50.0 dan 1,54.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 5,843 lot daripada 6,583 lot pada umaat, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 44,057 kontrak daripada 44,964 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 8.62 mata atau 0.55 peratus, untuk ditutup kepada 1,584.96 daripada paras penutup 1,576.34 pada Jumaat minggu lepas.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan