DUNIA

NIAGA HADAPAN MSM TERUSKAN PENINGKATAN

18/08/2025 10:14 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi disebabkan permintaan eksport yang kukuh dan pertumbuhan pengeluaran lebih perlahan.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga minyak kacang soya lebih kukuh turut memberi menyumbang kepada peningkatan tersebut.

"Kami mengesan paras sokongan pada RM4,480 dan rintangan pada RM4,580," katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 dan Oktober 2025 naik RM51 masing-masing kepada RM4,476 dan RM4,523 satu tan metrik manakala November 2025 meningkat RM48 kepada RM4,559 setan.

Kontrak Disember 2025 dan Januari 2025 menambah RM44 masing-masing kepada RM4,572 dan RM4,570 astu tan dan Februari 2026 melonjak RM41 kepada RM4,547 setan.

Jumlah dagangan susut kepada 70,059 lot daripada 81,890 lot Jumaat lepada manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 249,400 kontrak daripada 249,718 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan menokok RM70 kepada RM4,470 satu tan.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan