KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 susut 34.5 mata kepada 1,574.5, September 2025 turun 33.5 mata kepada 1,553.0, Disember 2025 berkurangan 32 mata kepada 1,555.0, dan Mac 2026 merosot 33 mata kepada 1,538.0.
Jumlah dagangan melonjak kepada 49,511 lot daripada 30,966 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 95,740 kontrak daripada 70,159 kontrak.
Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 20.86 mata, atau 1.30 peratus, untuk ditutup kepada 1,581.59, daripada paras 1,602.45 pada Isnin.
-- BERNAMA