DUNIA

BELIA DIGALAK AKTIF SERTAI AKTIVITI SCO

28/08/2025 04:39 PM

BEIJING, 28 Ogos (Bernama CMG) -- Menjelang Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025, Dialog Meja Bulat Belia SCO anjuran Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) berlangsung secara maya di Beijing pada Selasa.

Bertemakan "Kumpul Tenaga Belia, Ganding Bahu Cipta Masa Depan", acara itu menghimpunkan wakil belia dari 11 negara anggota dan rakan dialog SCO termasuk China, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Rusia, Tajikistan, Uzbekistan, India, Pakistan, Iran, Belarus dan Azerbaijan.

Setiausaha Agung SCO Nurlan Yermekbayev dalam satu ucapan video menggalakkan golongan belia dari negara-negara terlibat bergiat aktif menyertai pelbagai aktiviti SCO, dan menggembleng tenaga untuk membuka lembaran baharu pembangunan damai.

Para peserta sependapat bahawa SCO selaku platform penting bagi mendorong kerjasama dan pembangunan serantau, memainkan peranan signifikan untuk menggalakkan pertukaran rakyat ke rakyat, memperkasa generasi muda yang sedia menggalas misi besar serta memperluas peluang kolaborasi.

–BERNAMA-CMG

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan