WASHINGTON, 21 Sept (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau mengharapkan pihak berkuasa Afghanistan segera menyerahkan semula Pangkalan Udara Bagram di bawah kawalan AS, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Sebelum ini, Trump memberi amaran akan berlaku “perkara buruk” sekiranya Afghanistan enggan menyerahkan semula Bagram kepada kawalan AS.
“Kita tidak akan bercakap tentang itu, tetapi sekarang kita sedang berbincang dengan Afghanistan dan kita mahu ia dikembalikan, kita mahu ia dikembalikan segera dengan serta-merta dan jika mereka tidak lakukannya, anda akan tahu apa yang akan saya lakukan,” kata presiden itu kepada pemberita pada satu acara di Virginia.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA Novosti