AM

SULTAN PAHANG KURNIA SUMBANGAN KEPADA WARIS ANGGOTA TUDM LEMAS

22/09/2025 10:49 PM

KUANTAN, 22 Sept (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada waris anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Allahyarham Laskar Udara 1, Muhammad Daniel Khairul Azha yang lemas di Air Terjun Giam, Jalan Puncak Borneo, Padawan, Sarawak, semalam.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan sumbangan itu disampaikan oleh Pengelola Bijaya Diraja Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya kepada bapa Allahyarham, Khairul Azha Osman di Pangkalan Udara Kuantan di sini, petang tadi.

Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Udara Kuantan kira-kira 6 petang tadi untuk dibawa pulang ke rumah di Felda Keratong 08, Muadzam Shah, Rompin. 

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Keratong 08 mengikut istiadat ketenteraan malam ini. 

Muhammad Daniel berkhidmat di Cawangan Bomba Pangkalan Udara Kuching, Sarawak.

-- BERNAMA 

 

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan