JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM KESAN MOHD ASRI MAHMOOD BANTU SIASATAN

26/09/2025 05:04 PM

KOTA BHARU, 26 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Asri Mahmood bagi membantu siasatan kes.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki berusia 49 tahun itu terakhir diketahui menetap di No. 1330, Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian, di sini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohd Asri diminta menghubungi pegawai penyiasat, Pesuruhjaya Rosli Abdul Ghani, di talian 011-36020322 atau melalui emel di rosli.ghani@sprm.gov.my.

-- BERNAMA



 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan