AM

BONDA TENGKU PERMAISURI SELANGOR MENINGGAL DUNIA

28/09/2025 11:38 AM

SHAH ALAM, 28 Sept (Bernama) -- Bonda kepada Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Esah Tahar meninggal dunia pada 5.15 pagi tadi. 

Selangor Royal Office menerusi satu hantaran memaklumkan Allahyarham berusia 82 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Damansara kerana sakit tua. 

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat zuhur. 

-- BERNAMA 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan