AM

BEBERAPA KAWASAN DI KUCHING DILANDA BANJIR 

31/12/2025 11:18 AM

KUCHING, 31 Dis (Bernama) -- Beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini dilanda banjir pagi ini susulan hujan lebat berterusan sejak tengah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan mengenai situasi banjir melibatkan kawasan Taman Desa Wira dan Kampung Sinar Budi Baru pada 5 pagi tadi.

“Pemanggil memaklumkan kawasan rumah mereka telah dinaiki air dan memerlukan bantuan untuk memindahkan mereka ke tempat selamat,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan dua pusat pemindahan sementara akan dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa banjir terlibat, namun maklumat terperinci sedang dikemas kini.

Semalam, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak bermula hari ini hingga esok.

MetMalaysia memaklumkan antara kawasan dijangka terkesan ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan