KUALA LUMPUR,12 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan pada Bursa Komoditi New York (COMEX), apabila sentimen mengukuh di tengah-tengah dolar Amerika Syarikat yang lebih lemah dan peningkatan kebimbangan mengenai kebebasan Rizab Persekutuan AS.
Kontrak bulan semerta baharu Januari 2026 meningkat kepada US$4,608.10 setiap auns troy berbanding US$4,485.40 pada Jumaat, Februari 2026 menokok kepada US$4,624.70 setiap auns troy daripada US$4,502.20, Mac 2026 mengukuh kepada US$4,642.30 setiap auns troy daripada US$4,520.10.
Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga lebih tinggi berada pada US$4,659.60 setiap auns troy berbanding US$4,538.10 sebelumnya.
Jumlah dagangan meningkat kepada 187 lot daripada 141 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 279 kontrak daripada 238 kontrak.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 9 Jan, 2026, harga emas fizikal berada pada US$4,493.85 setiap auns troy.
-- BERNAMA
