AM

LALUAN HADAPAN KUIL SRI MARANTHANDAVAR DITUTUP BERMULA ISNIN SEMPENA PANGUNI UTHIRAM

28/03/2026 12:58 PM

KUANTAN, 28 Mac (Bernama) -- Jalan utama di hadapan Kuil Sri Maranthandavar, Sungai Jerik di Maran dan kawasan sekitar akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada perayaan Panguni Uthiram.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran menerusi hantaran Facebook memaklumkan penutupan jalan terbabit akan bermula pada 4 petang 30 Mac hingga 2 petang 1 April. 

“Orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut," menurut hantaran itu.

Orang ramai masih boleh menggunakan jalan utama menerusi Jalan Simpang Bangas seterusnya ke Jalan Utama dan Bandar Jengka. 

IPD Maran memohon kerjasama semua pihak bagi memberi laluan yang selamat kepada perayaan tahunan itu dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD menerusi talian 09-4771222

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan