Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS.
Setakat ini, harga minyak mentah Brent melonjak 2.2 peratus kepada US$114.96 setong.
“Bagaimanapun, momentum kenaikan tersebut dikekang oleh petunjuk bercampur-campur daripada niaga hadapan getah serantau, ketidaktentuan berhubung konflik di Timur Tengah dan prospek industri automotif di China yang merosot,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata niaga hadapan getah Shanghai meningkat pada Isnin, disokong oleh permintaan fizikal yang kukuh dan pembelian spekulatif dalam kenaikan harga minyak.
Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 12 sen kepada 815 sen sekilogram, paras tertinggi baharu pada 2026 manakala susu getah pukal naik tujuh sen kepada 696.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
